Selesai sudah perjuangan Aidil di Kejohanan Memanah Selangor Juniors & Pra-MSSD Siri 1 yg bertempat di SK Saujana Impian Kajang, Hulu Langat.
Daerah pertama ibu Aidil posting 16 tahun yg lalu. Kali ini, Aidil berjaya capai skor keseluruhan dgn 1330 di kedudukan ke-13.
Ada 100 org archers B12 Lelaki yg mendaftarkan diri menyertai kejohanan kali ini yg majoritinya adalah archers Selangor. Ada 4 jarak yg dipertandingkan mengikut format acara memanah B12 MSSM nnt iaitu 30m, 25m, 20m dan 15m. Setiap jarak hanya ada 1 set shj.
Emosi turun naik sepanjang kejohanan ni. Walaupun tidak berjaya menempatkan diri di kedudukan top 10, tp target utk perbaiki skor keseluruhan tetap tercapai.
Nampaknya benchmark skor di setiap jarak mmg tinggi.
Makanya, selepas ni ada perbincangan yg perlu dibuat bersama coach utk next training. Never give up.
Laporan : Cikgu Salina
#beatyourownscore
#juniorarchers
#skchenortitans
#pahangjuniorarcher






No comments:
Post a Comment