Sunday, June 2, 2024

Kejohanan Memanah Selangor Juniors & Pra-MSSD Siri 1

Selesai sudah perjuangan Aidil di Kejohanan Memanah Selangor Juniors & Pra-MSSD Siri 1 yg bertempat di SK Saujana Impian Kajang, Hulu Langat. 

Daerah pertama ibu Aidil posting 16 tahun yg lalu. Kali ini, Aidil berjaya capai skor keseluruhan dgn 1330 di kedudukan ke-13. 

Ada 100 org archers B12 Lelaki yg mendaftarkan diri menyertai kejohanan kali ini yg majoritinya adalah archers Selangor. Ada 4 jarak yg dipertandingkan mengikut format acara memanah B12 MSSM nnt iaitu 30m, 25m, 20m dan 15m. Setiap jarak hanya ada 1 set shj. 

Emosi turun naik sepanjang kejohanan ni. Walaupun tidak berjaya menempatkan diri di kedudukan top 10, tp target utk perbaiki skor keseluruhan tetap tercapai. 

Nampaknya benchmark skor di setiap jarak mmg tinggi. 

Makanya, selepas ni ada perbincangan yg perlu dibuat bersama coach utk next training. Never give up. 

Laporan : Cikgu Salina

#beatyourownscore 
#juniorarchers 
#skchenortitans 
#pahangjuniorarcher






Saturday, June 1, 2024

Fast Shooting

Salam
Kepada pemanah dan ibu bapa

Minggu ini kita akan mulakan semula minggu-minggu kita untuk proses memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Tumpuan adalah pada FORM REPAIRING sambil memperbaiki Rhythm panahan dengan FAST SHOOTING.

Mohon pemanah 
1. Jogging sebelum memanah
2. Letak telefon bimbit atas meja ataupun beg
3. Jika ada hal penting, telefon saya, Cikgu Nizan ataupun Cikgu Salina

Lepas asar, pemanah sudah boleh datang ke padang, tetapi jangan lewat dari pukul 5pm. Boleh mula memanah jika ada Cikgu Nizan ataupun Cikgu Salina ataupun Senior (Bai, Aina atau Dibah).

Kebiasaannya pada hari selasa saya akan ke padang selepas kelas.

Hari-hari biasa saya akan cuba berada di padang pukul 5 petang, kecuali ada hal2 yg tak dapat dielakkan.

#plnuitm
#kitajuara




Panduan untuk Pemanah berjaya

Hakikatnya semua adalah PILIHAN dalam hidup - Aku pilih untuk BERJAYA Perlu degil dengan diri sendiri - cari masa untuk berlatih Adakan Keja...